Cara Nak Kenal Seseorang Yang Bernama Kawan

Hidup kita ne selalu dikelilingi oleh ramai kawan. Tak kiralah kawan Melayu ke, India atau Cina. Berkawan tak kira bangsa, kan??. Ala, macam yang kita selalu dengar, kawan sejati akan kekal sebagai kawan yang setia, kan ? So, hargai lah kawan kita selagi kita terasa dia bererti bagi kita. Walau kita punya makwe/pakwe yang hensem,cantik cun melencun, kawan tetap paling setia. Walau kita punya banyak harta, teman masih tetap paling berharga.

Ok, bab kawan ne, aku suka nak share sebab aku dah terkena dan kenal dengan banyak kawan yang seperti dibawah ne. Benda yang aku tulis ne apa yang aku telah alami dan mungkin dari pemerhatian aku sendiri. Nak tau macam mana?

1) Dia suka bergurau dengan orang lain, tapi bila orang bergurau dengan dia, dia marah. 

Amboi, kalau kau gurau kasar dengan aku, cakap sampai aku terasa hati aku rilek je. Tapi bila aku cakap, aku gurau kasar balik tau pulak kau nak marah. Orang macam ne aku tak suka cakap banyak sebab dia tak sporting langsung. Mau saja kenakan orang tapi bila dah terkena, maki hamun sampai nak tumbuk. Kalau kita buat tak tahu je, dia gurau sampai naik kepala pulak. Dia kutuk depan-depan pun kita tak kisah. Tapi kalau kata kat dia sikit dah touching. Hati dia je nak orang jaga. Hati kita buat tak tau je.

2) Barang kita suka sangat nak guna. Tapi, barang dia? Kedekut pahit!

So, bila korang dah kena kawan macam tu, apa korang nak buat? Aku memang diam je kalau dapat kawan macam ne.

3) Kerja berkumpulan, tapi yang buat kerja hanya sorang dua.  

Biasalah student, dapat assignment yang group tapi yang pulun buat hanya dua tiga orang je. Ade jugak ke camtu?? Mana boleh macam tu. Kalau malas sangat pun, tolong cari jawapan pun dah kira memadai nak siapkan kerja tu.Tak kiralah pegi curi jawapan ke, tiru ke hape ke tapi please la bagi komitmen dalam kerja berkumpulan. Nak buat camne kan biasalah adat dan perangai manusia.

4) Takkan la semua nak menang kat kau, semua nak ikut cakap kau je.

Yang ne memang meluat. Kalau aku buat macam kau buat tu tau pulak marah, tapi bila kau buat camtu aku tak ada pulak nak bising ke kecoh ke macam kau. Tuhan je yang tahu camne.

5) Kalau buat sesuatu, mesti kau nak mengungkit
Biasala tu.. kawan, sesetengah kawan banyak yang jenis camne. Aku paling tak suka kalau orang yang mengungkit balik jasa-jasa dia kat kita. Tak ikhlas langsung!! tapi bagus jugak, sebab orang camne la yang mengajar aku untuk buat sesuatu benda tu sendiri, tak payah mintak tolong orang lain, kurangkan berhutang budi.

Rasanye tu je la yang aku nak share kepada semua yang bernama KAWAN. Fikir-fikirkanlah anda tergolong dalam jenis yang camne. Jenis yang disukai atau jenis yang dibenci. Remember, a tongue has no bones, so soft and yet it can break a heart. Physically harmless but emotionally dangerous. Use your tongue wisely. For the sake of doing something good.

Post a Comment

5 Comments

  1. yg no 2 tu ha..rase nak luku je kepale huhu

    ReplyDelete
  2. terbaik ni bro! suka baca dapat motivasi. Harap kita tak macam tu , didiklah jiwa agar sentiasa sabar kan..

    ReplyDelete
  3. Nick N , kalau saya suka entry, saya komen ya. harap dapat terima kehadiran pesona EWWK kat sini .

    ReplyDelete
  4. cik najihah : hahah,,dah la pinjam pastu susah nk hntr blk.kena kita jugak pegi amek

    bro etuza : xde masalah bro,komen je.huhu.insha allah, harap kita x jadi camtu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.