4 Jenis Makanan Punca Anda Gemuk


Hati-hati memilih makanan kerana boleh jadi makanan yang paling anda sukai itu memudaratkan kesihatan. Berikut beberapa makanan yang dikenal pasti boleh menyebabkan anda gagal untuk melangsingkan badan dan gagal untuk diet.

1. Aiskrim 

Kalau masa panas memang sedap makan benda sejuk cam aiskrim ne. Ala, bukan setakat cuaca panas je, masa duk bersenang-senang tengok TV pun aiskrim juga yang menjadi pilihan. Kena ingat, kalori yang terdapat dalam aiskrim akan diserap dengan cepat. So, lebih baik anda beralih kepada hidangan yogurt beku sebagai ganti.

2. Sosej 

Sebut je pasal sosej, ramai yang meleleh air liur tu. Sosej bukan saja menjadi sarapan pagi tetapi turut menjadi hidangan tengah hari dan malam. Macam mana tak gemuk! Jika anda memilih untuk makan sosej ayam atau daging, olah hidangan tu sebaik mungkin. Jangan tambah pelbagai sos dan mayones serta elakkan daripada menggoreng sosej. Rebus atau panggang sudah mencukupi. Ini kerana sosej mengandungi banyak sodium dan lemak yang tinggi.

3. Coklat 

Coklat boleh menggemukkan dan juga boleh melangsingkan. Mana satu yang betul ne? Terdapat banyak jenis coklat tapi coklat hitam paling banyak manafaat untuk kesihatan. Kepada yang ingin berdiet, kurangkan pengambilannya kerana ia mengandungi lemak, gula dan kalori tersendiri.

4. Topping  

Hidangan yang mengandungi topping seperti sos atau krim memiliki lemak dan kalori yang tinggi. Contoh, krim putar yang dicampurkan  dalam jus strawberi. Cukuplah menikmati hidangan sihat buah-buahan dan sayur-sayuran tanpa bantuan topping seperti ini.

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.