10 Tanda Wanita Kaki Cemburu


1. Dia mahu mengetahui segala-galanya
Sebagai pasangan, dia menghubungi anda banyak kali dalam sehari, untuk mengetahui di mana anda berada dan apa yang anda buat. Dia akan memerikasa teleon anda, siapa yang dihubungi dan orang yang menghubungi. Dia juga akan memasuki ruang peribadi internet untuk mengetahui adakah pasangannya menghubungi wanita lain dalam ruangan chat dan sebagainya. 

2. Dia menuduh anda menipunya
Memang pening kalau pasangan menuduh anda berbuat sesuatu yang tidak anda lakukan. Tapi, biasanya orang yang kuat cemburu akan menuduh pasangannya walau pun anda telah meminta maaf berulang kali.

3. Dia tidak mahu anda mempunyai ramai kawan perempuan
Satu lagi tanda pasangan anda kuat cemburu ialah tidak menyukai anda mempunyai ramai kawan wanita. Pada fikirannya, anda mungkin akan curang dan keluar bersama secara sembunyi di belakangnya. 

4. Selalu ingin menonjol
Salah satu sikap cemburunya ialah sengaja ingin menunjukkan di hadapan orang bahawa anda adalah kekasih atau pasangannya. Dia mungkin sengaja bercakap dengan nada yang kuat, senyuman yang sengaja dileretkan atau sengaja menunjuk cara manja yang berlebihan sehinggakan orang yang memandangnya dengan perasaan meluat.

5. Sering mengesyaki pasangan curang

Begitulah sikap orang yang kuat cemburu. Setiap hari ada saja tuduhan terhadap anda khususnya dia menuduh anda menjalinkan hubungan dengan wanita lain sedangkan ia hanya rakan sepejabat atau rakan sekolej anda. Silap hari bulan, dia mungkin akan menyerang teman anda itu di tempat kerja dan sebagainya.

6. Berketrampilan berlebihan
Dia akan menonjolkan dirinya di hadapan kawan-kawan anda seolah-olah hanya dia seorang sahaja wanita di situ. Jangan harap anda untuk duduk berlama-lama di majlis kerana dia pasti mengajak anda pulang dengan segera. 

7. Menyiasat melalui kawan-kawan
Mungkin mahu mendapatkan maklumat dengan anda sangat payah, jadi dia mencari kawan-kawan anda pula. Awalnya dia nampak baik dengan dengan rakan sepejabat anda tetapi dalam masa yang sama dia sebenarnya mahu mencungkil rahsia anda di pejabat.

8. Tidak dapat menerima hakikat

Salah satu sifat orang cemburu juga, mereka biasanya tidak dapat menerima pendapat pasangan mereka walaupun ketika itu anda sudah bercakap jujur dengannya.

9. Tidak suka anda keluar dengan kawan

Dia tidak suka anda keluar dengan kawan-kawan dan mahu anda keluar berdua sahaja dengannya. Kalau anda keluar dengan kawan, dia akan menarik muka masam sekali gus membuatkan anda berasa bersalah.

10. Marah jika pandang wanita lain
Inilah yang paling kronik dalam semua bab cemburu. Dia pasti akan menjadi singa kelaparan kalau melihat anda menjeling ke arah wanita lain. Tak mustahil ada yang kena serang kalau dia sudah tidak mampu mengawal diri.


Post a Comment

1 Comments

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.