Tak Mahu Dengar Cakap


Enam tahun yang lalu, seorang lelaki membeli seekor anak kucing dan cuba mengajar anak kucing tersebut bercakap. Dari hari ke hari dia mengajar tapi kucingnya itu hanya memandang tanpa berkata walau sepatah haram pun.

Setelah enam tahun berlalu, maka terjadilah keajaiban. Kucing tersebut mula berkata-kata, " Hey, awas! Rantas besi akan terjatuh ke atas kepalamu."

Mendengar kucingnya mula bercakap, lelaki tersebut terkejut dan kaku di situ dan tiba-tiba rantai besi itu benar-benar jatuh ke atas kepalanya.

Kucingnya menggelengkan kepala dan berkata "Selama enam tahun engkau mengajar aku bercakap.Tapi setelah aku bercakap engkau tidak mahu mendengar pun cakapku."

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.