SOALAN
Saya mempunyai saiz badan yang besar. Bagi mengelakkan kegemukan, saya mengawal kadar pemakanan saya. Tetapi masalah yang menghantui saya ialah perut buncit. Pelbagai cara sudah saya lakukan tetapi lemak tepu di perut saya ini sangat degil. Adakah cara mengatasinya?
JAWAPAN
Seperti yang kita semua tahu, berdiet dan senaman adalah yang utama dalam pengawalan berat badan. Berdiet dengan cara yang betul seperti mengambil makanan yang kurang lemak dan lebihkan serat seperti oat. Senaman untuk otot-otot abdomen pula perlu dilakukan secara berterusan.
Jika anda ke klinik antipenuaan, doktor akan membuat ujian darah untuk menilai paras gula,hormon dan sebagainya yang menyebabkan kita gemuk. Rawatan hormon dan ubat pembakar lemak mungkin diberikan jika perlu. Kini, terdapat banyak mesin pelangsing yang berkesan untuk dicuba. Akhir sekali, jika inginkan rawatan secara pembedahan, berjumpalah dengan pakar bedah untuk rawatan liposuction dan tummy tuck.
1 Comments
membace wlupun tdak trlibat.. haha
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.