Koleksi Cerita Lawak


Cerita 1: Kematian
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis 
     : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga
: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba-tiba diserang strok.Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis    
  : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga
: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

Cerita 2 : Namaku
Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh  guru kelasnya..
Guru   : "Kamu ni murid baru kan ?"
Murid : " Ya.. cikgu"
Guru   : "Nama kamu siapa?"
Murid : "Man"
Guru   : "Nama panjang kamu?"
Murid : " Mannnnnnnnnnnnnnnnn nnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.. cikgu"

Cerita 3 : Diet
Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet.
Doktor berkata kepadanya...
"Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan segelas air kosong..."
Lelaki itu  menjawab...
"Baiklah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan sebelum atau sesudah makan, Doktor?"

Cerita 4 : Perkahwinan Kerabat
Khairul adalah murid darjah satu disebuah sekolah rendah.... Dia mempunyai seorang kawan perempuan disekolahnya yang bernama Tengku Nazira.. Tengku Nazira seorang yang sangat cantik dan menawan... walaupun masih kecil... Secara tidak disengajakan Khairul telah jatuh cinta pada Tengku Nazirah... Lalu dia meluahkan perasaannya kepada Tengku Nazirah.. 
"Naz... sebenarnya saya cinta padamu... tapi sayang kita masih terlalu kecil... bolehkan bila kita sudah dewasa nanti.. kita berkahwin... ?" 
Dengan wajah yang malu... Tengku Nazira menjawab..
 "Khairul.. bukannya saya tak sudi... Tapi dalam keluarga kami.. kami hanya berkahwin sesama kerabat sahaja..... Atuk berkahwin dengan nenek... Bapak sedara berkahwin dengan emak sedara.. dan bahkan papa berkahwin dengan mama.... sedangkan awak bukan kerabat saya... 
"Khairul...." erkkk?"

Cerita 5 : Bush dan Powell
Bush dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar. Seorang lelaki masuk dan bertanya kepada bartender, "Bukankah itu Bush dan Powell?". 
Bartender menjawab "Iya, itu memang mereka."
Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa "Hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?"
Bush menjawab "Kami sedang merancang perang dunia ke-3."
Jawab lelaki "Perang dunia ke-3? apa yang akan terjadi?" 
Bush menjawab "Kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang penjual Basikal"
Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut "Penjual Basikal?" Bush menoleh ke arah Powell dan berkata "Lihat, tidak ada yang merisaukan 500 juta orang Islam kan?"

Cerita 6 : Balik Awal
Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah tidak seperti biasa
Ibu  : "Adli kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul 10.00 pagi.."
Adli : "oo.. tadi Adli boleh jawab soalan cikgu adli dengan tepat.. lalu disuruh pulang..."
Ibu  : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu itu?"
Adli : "Cikgu tanya... SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU ?"


Post a Comment

0 Comments