Kesan Shisha Sama Dengan Merokok


Menyedari buruknya kesan tabiat merokok, ada pula yang mula beralih kepada shisha dengan alasan ia tidak membahayakan kesihatan. Asalkan dapat menikmati 'asap pembunuh' ini, ada saja cara baru digunakan. Tanpa sedar, mereka sebenarnya menempah jalan yang lebih kurang sama bahayanya seperti merokok.
 
Ramai yang menganggap air yang digunakan di dalam shisha berfungsi sebagai penyaring racun yang membahayakan. Namun, shisha mahupun rokok ternyata memiliki kesan negatif yang tidak jauh bezanya. Kajian terbaru mendapati bahawa shisha dan rokok tembakau sama-sama mengandungi kadar karbon monoksida yang tinggi dan memberi kesan terhadap kesihatan.
 
Penggemar shisha 5 kali lebih berisiko untuk dijangkiti penyakit gusi. Selain itu, mereka juga 5 kali lebih berisiko untuk dijangkiti kanser paru-paru berbanding dengan mereka yang tidak merokok. Jadi terbukti sudah bahawa air yang diguna sebagai penapis asap tidaklah benar-benar “menyucikan” asap yang keluar melalui corong paip shisha. Asal yang disedut sebenarnya tetap mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya, bahkan lebih merbahaya daripada merokok.
 
Jadi jelaslah, jika merokok telahpun difatwakan haram, maka apa kurangnya menyedut asap sisha. Tidak hairanlah jika sebelum ini Arab Saudi telah mengharamkan shisha sama seperti haramnya merokok. Terbaru kerajaan Hamas di Gaza telah menurut jejak langkah Arab Saudi bagi mengharamkan shisha. Bezanya, Arab Saudi mengharamkan shisha kepada seluruh warganya tidak kira lelaki ataupun wanita, manakala HAMAS pula HANYA mengharamkan shisha kepada golongan wanila sahaja. Jadi terpulanglah kepada hati budi masing-masing untuk menilainya, tepuk dada tanya selera, tepuk kepala fikir-fikirkanlah.
 
Ringkasnya, tak payah merokok dan tak payah hisap shisha. Tak faedahnya pun kecuali mempercepatkan kematian. Lagipun dah keluar fatwa yang merokok tu haram. Hisap shisha pun seolah-olah berdoa minta penyakit datang.


Post a Comment

1 Comments

  1. thnx for da info.. mohon kongsi info 'cea level cause by shisha smoker' di sini juga ya

    http://ridoma.blogspot.com/2012/03/cea-level-in-shisha-smokers.html

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.