Kenapa Menangis Itu Bagus?

Masih ingat tak bila kali terakhir korang menangis? Tak kisah la menangis sebab clash dengan bf/gf ke, duit hilang ke, kereta kena curi ke atau masa potong bawang ke. Kalau bab-bab menangis ne selalu dikaitkan dengan perempuan kan. Lelaki jarang je menangis, maklum la nak cover macho. Kenapa aku cakap menangis itu bagus? Sebenarnya menangis ne adalah satu terapi untuk kesihatan badan kita.


Mengapa Menangis Itu Bagus?

1. Melegakan Perasaan
Orang kata hidup ne kalau tak ada masalah memang tak lengkap. Kepada yang menghadapi berbagai masalah dalam hidup tu cubalah menangis. Bukan apa, menangis ne akan melegakan perasaan anda yang mungkin tengah kusut atau stress. Bila dah reda tangisan tu, otak dan jantung akan berjalan dengan lancar dan pada masa tu anda akan berasa baik dan lega.

2. Membentuk Komunikasi Berkesan
Biasanya bila anda menangis sambil menceritakan masalah anda kepada kawan-kawan, secara tak sedar anda telah membentuk komunikasi yang berkesan. Ini kerana ketika anda menangis, kawan-kawan anda akan cuba memujuk dan memberi kata-kata semangat. Masa tu jugak anda akan meluahkan segala apa yang terpendam di dalam hati dan kawan-kawan anda akan menjadi pendengar setia untuk menyelesaikan masalah anda.

3. Membunuh Bakteria 
Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90% – 95% bakteria. Jadi, kalau anda rasa mata tu tak selesa tak perlu guna air titis mata lagi. Ingat menangis je. Lagipun, menangis kan boleh membersih mata dari kotoran degil :)

4. Meningkatkan Kadar Denyutan Jantung
Masa menangis, denyutan jantung sebenarnya meningkat dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.

5. Membebaskan Racun Daripada Badan
Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk menangis berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan.

6. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan. Oleh itu, mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.
   
7. Menghapuskan Dosa 
Kita digalakkan untuk menangis semasa solat dan ketika berdoa. Menangis di sini bukan sengaja buat-buat menangis tapi menangis kerana takut seksaan Allah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan serta menangis untuk mengharap keampunan daripada Allah.




P/S : Kalau korang rasa tak tenang ke, stress, banyak masalah, jalan yang mudah menangis ye. Tapi jangan la menangis kat tempat awam, pegi toilet senyap-senyap ke..huhu. Jangan lupa solat sekali. Anda akan rasa lebih tenang.

Post a Comment

4 Comments

  1. menangis boleh buang habuk2 kat mate ni hah

    ReplyDelete
  2. sambil2 tu bole buang perasaan yg sedih sekali,,huhu

    ReplyDelete
  3. Membunuh bakteria baru aku tahu ..sebab tu perempuan umur panjang kot..
    Ok aku nak nangis selalu..Menangis kegembiraan..hehehehe
    Ambil kesempatan vote me as blogger of the year

    ReplyDelete
  4. betul jugak kan.kalo kite tengok perempuan lebih pnjg umurnye dari lelaki,,huhu. ok, i vote for u.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.