Cara Nak Dapatkan Six Pack l Soalan yang biasa orang tanya kalau nak dapat six pack. Antaranya :
a. Kalau aku gemuk boleh ke dapat six pack?
b. Berapa lama kena workout baru dapat six pack?
c. Kena diet ke baru boleh dapat bentuk badan macam The Rock?
Kalau anda sejak lahir lagi dah jadi Sparta lainlah cerita. Bukan senang nak dapat bentuk badan yang ideal. Motivasi dan disiplin memang penting. Kalau buat sekadar hangat-hangat tahi ayam memang tak tercapai. Sembang je kalau tak buat pun sama. Sekarang sudah masuk setahun aku workout kat gym. Walaupun duit habis tetapi berbaloi jugak dapat 6 six pack,,heheh. Setakat ni aku tak ambik sebarang protein lagi. Hanya workout dekat gym. So, aku nak share lah sikit macam mana cara nak dapatkan six pack.
TURUNKAN BERAT BADAN DULU
Yalah, kalau perut boroi macam mana nak dapat six pack. Bagi aku ada 2 cara dimana anda boleh turunkan berat badan iaitu melalui cara yang cepat dan cara yang lambat. Kalau nak cepat kuruskan badan cuba order Polythermex atau Herba Life. Kawan-kawan aku banyak guna produk ne.
Setakat ne dalam masa 2 bulan boleh tengok perubahan pada bentuk badan diorang. Cara lambat adalah melalui diet dan exercise. Kalau yang ne susah sikit. Macam-macam alasan yang selalu kita bagi. Tidak ada masa, penat balik dari kerja dan seribu satu alasanlah. Ingat, nak six pack tak nak 1000 dalih. Tapi kalau exercise yang aku suggest buat cardio macam running,walking and cycling. Exercises seperti ini kalau buat secara berterusan boleh mempercepatkan kadar pembakaran lemak dalam badan.
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan mengambil sarapan. Terdapat kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan akan lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaiman ini terjadi? Sarapan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.
Setakat ne dalam masa 2 bulan boleh tengok perubahan pada bentuk badan diorang. Cara lambat adalah melalui diet dan exercise. Kalau yang ne susah sikit. Macam-macam alasan yang selalu kita bagi. Tidak ada masa, penat balik dari kerja dan seribu satu alasanlah. Ingat, nak six pack tak nak 1000 dalih. Tapi kalau exercise yang aku suggest buat cardio macam running,walking and cycling. Exercises seperti ini kalau buat secara berterusan boleh mempercepatkan kadar pembakaran lemak dalam badan.
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan mengambil sarapan. Terdapat kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan akan lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaiman ini terjadi? Sarapan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.
HILANGKAN LEMAK DEKAT PERUT
Kalau berat badan dah mencapai tahap ideal cuba hilangkan belly fat dekat bahagian perut. Kalau orang yang dah kurus tidak ada masalah. Tidak ada exercises yang khusus untuk menghilangkan lemak kat bahagian perut.
Tetapi, kalau dekat gym anda boleh berlari atas treadmill dalam linkungan 10 minit dan buat weight lifting exercise. Dengan cara ini, ianya akan mempercepatkan kadar dengupan jantung dan memaksa tubuh untuk menggunakan lemak yang tersimpan.
Jika anda melakukan exercise ini secara berterusan kemungkinan untuk hilangkan lemak dekat bahagian perut adalah tinggi. Yang penting jangan menimbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum dengan banyak, dan kemudian menimbang berat badan, sudah tentu barat badan anda akan meningkat. ini menyebabkan anda beras putus asa untuk berdiet :)
DAPATKAN SIX PACK
Cara yang terbaek untuk dapatkan six pack adalah melalui push up atau crunches. Kalau dekat gym dah ada bench untuk buat push up. Tapi kalau buat dekat rumah anda cari je lah tempat mana-mana yang sesuai. Atas katil pun boleh. Asalkan jangan tertidur sudahlah.
Tetapi rasanya ramai yang tidak suka buat tekan tubi. Tekan tubi lebih fokus dekat bahagian dada, bahu dan trisep. Tekan tubi atau push up ada banyak cara.
Yang selalu aku buat semi-planche push up dengan planche push up. Tapi kalau untuk beginner mula dengan classic push up dan teruskan dengan yang lebih advanced seperti yang disebutkan diatas. Kalau ada dumbell lagi bagus. Yang belum ada dumbell boleh beli kat kedai. Murah je harga. Lebih kurang RM 100.
Tetapi rasanya ramai yang tidak suka buat tekan tubi. Tekan tubi lebih fokus dekat bahagian dada, bahu dan trisep. Tekan tubi atau push up ada banyak cara.
Yang selalu aku buat semi-planche push up dengan planche push up. Tapi kalau untuk beginner mula dengan classic push up dan teruskan dengan yang lebih advanced seperti yang disebutkan diatas. Kalau ada dumbell lagi bagus. Yang belum ada dumbell boleh beli kat kedai. Murah je harga. Lebih kurang RM 100.
JAGA MAKANAN BILA DAH DAPAT 6 PACK
Jangan ingat bila dah ada six pack anda boleh makan camtu jer. Nanti tak berbaloi dengan masa dan duit yang dihabiskan tetapi dari segi pemakanan tidak dijaga. Banyakkan makan buah dengan sayur. Air pun kalau boleh minum 8 gelas sehari.Ingat, bukan air pepsi atau air coke. Air masak. Kalau air suam lagi elok.
Air mengurangkan selera makan anda secara semula jadi dan membantu badan mengurangkan kadar simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Pasti anda tidak akan makan dengan banyak. Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti biji sawi boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman tetapi juga meningkatkan pembakaran lemak. Kalau anda makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren keran minuman yang masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang mengandungi kurang gula.
31 Comments
dapat flat tummy pun kira ok dah klu 6pax tu kira bonus heheh nice info :)
ReplyDeletehahah,,bole jer bro kalo betol2 nak dpt 6 packs..cuba r pegi gym workout.kalo nak cepat ckt amek supplement cam polythermex ke..
ReplyDeleteAku bulan 5 nak masuk gym semula atas nasihat bakal jurulatih
ReplyDeletetahniah bro,,sebelum ne dah bape lama main gym??
ReplyDeleteape sal aku baru jumpa blog ni malam-malam cm nihh . huhu
ReplyDeletebaru ingat nak tidoq . terjumpa pulak tips2 kat sini . hehe
jimmy jimbo : ahaha,,baca dulu pastu tido r. selalu ke workout??
ReplyDeleteselalu push up atas katil je,tp lepas tu lelap terusss.. ape pon tak boleh!
ReplyDeleteapa yg x boleh ???
Deletehahah,,kadang2 ramai orang x tahan nak buat push up..sebab tu kena bagi kuat otot lengan dulu dengan dumbbell workout.
ReplyDeleteYa ka ! Good information
Deletememang tak ambil protein shake ker?
ReplyDeletewow... respek sgt! XD
hahah,,aku tak guna protein.pakai p gym je.
ReplyDeleteHahaha...itulah masalahnya bila sampai part push ups tu...bekas roommate selalu perli sbb badan sy x cantik, badan dia walaupun kurus sekeping ada six pack...jeles betul huhuhuhuhu
ReplyDeletelelaki mudah nak dapat six pack sebab dia kurus dan satu lagi sebab dia atlet..huhu..nak badan cantik kena pegi gym jugak la.
ReplyDeletesix pack ni takde dalam bentuk order form ke? boleh subsrcibe ke *erk
ReplyDeletesekarang saya cuba kuruskan badan dgn pengambilan pil kurus dari korea .
ReplyDeleteianya berkesan kepada saya. perut saya semakin kecil . tapi saya x pergi ke gym .. tapi setiap pagi saya akan berbasikal :)
kerana malu punya badan yg berlemak dan gemuk !
Nick nashram pmakanan yg elok utk diet ape ea
ReplyDeleteTips pemakanan utk diet ade x cik nick nashram???
ReplyDeleteBMI sy dah ideal..sy cma nk kn 6pack ja xnk ketul2 kt tmpt lain.ada x exercise/workout yg boleh sy praktikan
ReplyDeletesaya ni perempuan tp teringin gak nak ada six pack, tak nak la tough sangat asal kan ada six pack tu sikit dah kira oky
ReplyDeletenak dpatkn abs nie perlu workout stiap hr kh?
ReplyDeleteKalo tak pakai dumble tak boleh ke
ReplyDeleteTakde barang lain ke selain dumble untuk kuatkan otot
ReplyDeleteAku Dah Ada 6 Pack!!! Thankz For This Tips...OMG
ReplyDeletebetui ka ! congratulation
Deleteaduina....tpaksa LA buang lmak kat perut lu...rasanya dh ada...tp ada lemak p tutup huhu
ReplyDeletebro sory nak tanye pendapat..kalau kite punye pack ade sampai 8 mcm mane nak kurangkan jadi 6 pack ea..maaf mohon pencerahan.. ;)
ReplyDeletekalau swimming boleh pecah lemak tak?
ReplyDeleteBersenam kaw2 tapi makan tak kawal dan tidur tak cukup otot jadi lambat nak keluar. Try baca kat tutorial kat Sado Street pasal cara nak jadi sado.
ReplyDeleteDiet mkn telor putih rebus. Jngan lupe exercise cardio. Nk kurus and ada sixpack kan. Buang dulu belly fat tu huhuhu
ReplyDeleteKorang nak kurus ada sixpack kene lah kawal pemakanan. Diet mkn telor putih rebus and exercise cardio. Minum detox ke. Air limau nipis or lemon. Alhamdulillah hasil nye
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.