Bahaya Makan Lewat Malam


 
"Alamak, lapar lagilah. Jam dah pukul 11 malam dah ne. Lapar sangat pun tak boleh tidur. Ah, makan sikitlah supaya boleh lena. Nasi pun ada banyak lagi dalam periuk". Rasa-rasa korang pernah alami situasi ne kan. Mungkin korang dah makan awal supaya tak makan lagi waktu malam. Tapi entah mengapa perut berbunyi minta diisi lagi sedangkan anda sudah makan sebelum pukul 7.
 
Gejala seperti ne tak hairan dah. Tengok je kat gerai-gerai dan restoren, ramai kot yang makan lewat malam. Mungkin korang fikir “ eh, tak salah kot kalau makan lewat malam sekali-sekala.” Tapi kena ingat ‘keseronokan’ menikmati hidangan lewat malam menyebabkan anda ingin mencuba pada hari-hari yang seterusnya.
 
Jika tidak dikawal, bimbang akan menjadi satu tabiat. Akhirnya, berat badan meningkat dan mengundang pelbagai penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolestrol tinggi dan juga sakit jantung.
 
Kalau korang berusia 30 tahun ke atas, tabiat makan malam ne lagi berbahaya sebab kadar metabolism dan keupayaan korang untuk melawan penyakit dah berkurangan. Lebih teruk lagi jika anda mula menghidap penyakit jantung. Terdapat kes dimana ada orang yang meninggal semasa tidur disebabkan tidak dapat bernafas. So, amalkan gaya hidup yang sihat.
 
 

Post a Comment

4 Comments

  1. kita x boleh makan lewt malam sebb malam kte dah x buat apa2 aktiviti fizikal.. x memelukan tenaga. makann pun x dtkr ke bentuk tng. sbb tu ada effect.

    ReplyDelete
  2. betol2..kalo makan lewat nati makanan tu x sempat nak digest. bila dah makanan da terkumpul jadi la lemak.penyakit pon mai sekali.

    ReplyDelete
  3. Ramai betul member makan lewat malam 10 keatas. Sabar je la. Nak nasihat mmg payah. Dah tua bangka pun.

    ReplyDelete
  4. baeklah..tapi mlm2 klu berjaga mmg lapo sgt..pastu mkn2..golek2 kejap..bwu tdow balik..he3..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.